`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 1, 2014

Pelajar 15 tahun Maut Terjatuh Siling Sekolah



Kangar: Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini maut selepas terjatuh daripada siling dewan sekolah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, maut dengan kecederaan parah di bahagian muka akibat terjatuh daripada siling dewan setinggi 30 meter. 
Difahamkan, mangsa yang berseorangan ketika itu memanjat bahagian siling itu selepas memecah masuk pintu belakang dewan. 

Mangsa terjatuh dengan eadaan tertiarap di lantai dewan yang dijadikan tempat solat zohor bagi warga sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata, mangsa hadir bagi dua kelas awalnya sebelum itu sebelum tidak hadir ke kelas selepas waktu rehat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.