`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 5, 2014

PENGERUSI NGO ANTI JENAYAH YANG DEDAHKAN GAYA HIDUP YANG MENCURIGAKAN ANAK BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH, BAYAR HAMPIR RM340,000 UNTUK DUA NOMBOR PLAT KENDERAAN NEGERI SELANGOR, BMW.



Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah MyWatch S Sri Sanjeevan membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta negeri Selangor BMW, lapor portal Mstar Online.

Berdasarkan gambar yang tersebar luas di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.

Menurut gambar yang tersebar itu, lima anggota pentadbiran berjaya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10 secara percuma.

Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dibuka untuk tender awam dari 14 hingga 28 Ogos.

Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).

Kejayaan Sanjeevan mendapatkan nombor pendaftaran BMW 8 dan BMW 11 dengan bayaran hampir RM340,00 mengundang reaksi sinis di Twitter.

Pengguna Twitter @The_Mamu  mempersoalkan: "Sanjeevan ini meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal."

Pengguna Twitter @MuazFadhli juga mempertikaikan Sanjeevan dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli satu sahaja nombor plat BMW."

Menurut Mstar Online, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.