`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 30, 2014

Penyokong Saiful Cetuskan Kekecohan Di Luar Mahkamah

Dua gambar berasingan menunjukkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan (kanan) di luar Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes Liwat II, hari ini.


Selepas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan pagi tadi, kini giliran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II, memenuhi perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyatakan sokongan.

Melaungkan "Tangkap Anwar", "Lima Tahun Sungai Buloh" dan "Kalau lebih lagi bagus", mereka mula tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan berpakaian kuning.

Jumlah kehadiran mereka kira-kira 400 orang, dilihat lebih ramai daripada semalam.


Kumpulan "Keadilan untuk Saiful" itu turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan menjulang sepanduk "Justice for Saiful", "PKR Jangan Ugut Mahkamah", "Hormati Sultan, Hormati Undang-Undang" dan lain-lain.

Bagaimanapun, mereka dipisahkan 200 meter daripada kumpulan "baju hitam" pro-Anwar dengan pagar penghadang dipasang Perbadanan Putrajaya.

Penyokong Anwar hadir lebih awal sejak pukul 8 pagi tadi dan membina pentas mini bagi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis berucap.
- tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.