`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 13, 2014

Permohonan BR1M 4.0 Berjumlah 8 Juta. Tarik Subsidi Minyak Lebih RM1.1 Bilion vs Kantung BR1M 2015 Bertambah 30% Kepada Lebih RM6 Bilion

permohonan br1m

Permohonan BR1M 4.0 Berjumlah 8 Juta. Tarik Subsidi Minyak Lebih RM1.1 Bilion VS Kantung BR1M 2015 Bertambah 30% Kepada Lebih RM6 Bilion : Jikalau sebelum ini, ketika mula-mula dilaksanakan pada tahun 2012 BR1M 1.0 2012 sebanyak 4.18 juta isi rumah telah mendapat manfaat pembayaran BR1M dengan dana sebanyak RM2.1 bilion telah dibelanjakan. Angkanya…terus bertambah bagi siri BR1M 2.0 2013 apabila 4.81 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang dengan nilai sebanyak RM3 bilion.
Dan dengan peruntukkan sebanyak RM4.6 bilion, lima juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang telah menerima habuan masing-masing bagi siri BR1M 3.0 2014. Dan seperti yang sudah diketahui ramai, kantung pembayaran BR1M terus berjaya ditingkatkan lebih RM6 bilion. Mana datang duit tambahan ini? Terima kasih kepada “usaha penarikan” semula subsidi minyak melibatkan minyak RON95 dan diesel dengan penjimatan sejumlah lebih RM1.1 bilion sekaligus membolehkan anda, anda semua penerima kelak bakal menerima kenaikan BR1M 4.0 naik 2015 :

Nilai Pembayaran BR1M 2015 Bertambah

  • Pembayaran RM950 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • Pembayaran RM750 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000
  • Pembayaran RM350 untuk bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolhi setakat ini, pembayaran BR1M 4.0 2015 akan dibayar melalui 2 cara satu adalah melalui pembayaran terus ke akaun bank anda, dan satu lagi melalui baucer (baucar tunai) bergantung samada anda memasukkan nombor akaun bank anda ataupun tidak.
Ini bermakna bagi kemaskini dan permohonan BR1M 2015 kelak, seramai 8 juta rakyat Malaysia akan menerima BR1M 4.0 2015. Adakah anda salah seorang daripada “keluarga besar” penerima BR1M kali ini?
Adakah berbaloi dengan nilai pembayaran Br1M 2015 seperti di atas berdasarkan “pengorbanan rakyat” yang terpaksa berhadapan dengan penarikan susbidi minyak baru-baru ini dan juga pada penarikan subsidi tidak lama sahaja lagi?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.