`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 1, 2014

Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan


Sah tulang manusia 

Juru: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui adalah tulang manusia. 

Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Tok Keramat.

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa.

"Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya.

Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an.

Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).-HM


Penduduk kampung gempar jumpa tulang


Bukit Mertajam: Penemuan tulang di kawasan sebuah rumah menggemparkan penduduk Kampung Tok Keramat, Juru di sini, semalam kononnya ada seorang wanita berusia 20-an dibunuh dan dibakar teman lelakinya.

Difahamkan polis sebelum itu menerima laporan daripada saudara suspekselepas wanita itu gagal dikesan selain gelagat teman lelakinya itu yang mencurigakan.

Selain itu anak saudara suspek turut menemui kesan tompokan darah dalam rumah didiami mangsa. 


Susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan gerakan mengesan mangsa di kawasan rumah berkenaan yang turut dibantu unit forensik dan anjing pengesan (K-9).

Hasil pencarian dilakukan polis berjaya menemui tulang yang jaraknya 50 meter dari rumah suspek namun gagal dipastikan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan.

Berikutan itu seorang pakar patalogi turut dipanggil ke lokasi tulang itu ditemui kira-kira 2 pagi tadi untuk melakukan pemeriksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu. 
-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.