`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 25, 2014

Rahsia Jahat Peguam Negara Terhadap Anwar Terbongkar


Dengan hujah mengatakan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim satu kesilapan, Jabatan Peguam Negara dilaporkan Malaysiakini memohon hukuman penjara yang lebih lama untuk Ketua Pembangkang itu.

Memetik dokumen berhubung alasan rayuan itu, portal berita itu melaporkan pihak pendakwa menganggap tempoh lima tahun diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini tidak mencerminkan beratnya kesalahan itu, juga tidak berfungsi sebagai peringatan kepada masyarakat.

"Tempoh penjara 5 tahun gagal memastikan matlamat keadilan tercapai dari perspektif kepentingan umum. Ia jelas tidak memadai berbanding dengan peruntukan penjara 20 tahun dan rotan, seperti yang termaktub mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," lapor Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Anwar Ibrahim berhubung sabitan kes liwatnya pada 28 dan 29 Oktober.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan beliau yang diberikan Mahkamah Tinggi dua tahun lalu.

Mahkamah rayuan memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondiminum Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, namun dibenarkan penangguhan sementara menunggu keputusan rayuannya daripada Mahkamah Persekutuan. ~malaysia insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.