`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 7, 2014

RUPA-RUPANYA JUMLAH CUKAI YANG DIBAYAR OLEH PARA HARTAWAN TERKAYA NEGARA TERMASUK ANAK MAHATHIR ADALAH RAHSIA DAN TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN.

Untung, bertuah dan bernasib baik menjadi billionair dinegara ini termasuklah anak lelaki Mahathir .. segala butiran cukainya rahsia .. jadi rakyat tidak boleh tahu berapa jumlah cukai yang dibayar setahun serta berapa tnggakan jika ada.

Jumlah cukai yang dibayar oleh hartawan-hartawan negara tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak boleh didedahkan amaun cukai individu sebenar yang dibayar oleh mereka.

"Selaras dengan Seksyen 138 Akta Percukaian 1967 menyatakan dengan izin, every classified person shall regard and deal with every clasified material as confidential.

"Jadi cukai pendapatan individu mereka yang terkaya itu kita tidak boleh dedahkan mengikut akta," kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Parlimen, petang ini.

Beliau memberi maklum balas kepada gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Anwar menggesa agar kerajaan mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang terkaya di Malaysia yang bertaraf bilionair.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin bangkit dan memohon Ahmad mendedahkan jumlah keseluruhan cukai 20 orang individu terkaya jika jumlah cukai persendirian mereka tidak boleh didedahkan.

Ahmad memberitahu Sim beliau tidak mempunyai statistik yang diminta itu dan perlu memeriksa semula jika ia dibenarkan untuk didedah.

"Pada saat dan ketika ini, angkanya tiada.

"Kemudian... kalau tidak melanggar akta ya," jawab Ahmad kepada Sim.

Kenyataan DSAI mengenai isu ini adalah seperti berikut:-


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf bilionair di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan tersebut.

"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" Kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014).

"Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN," kata Anwar.

Menurut Anwar, beliau mahu tahu jumlah tersebut kerana dakwanya, ada di antara golongan kaya di dalam negara mendapat kelonggaran dalam membayar cukai mereka.

"Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.

"Di mana orang-orang kaya, bilionair, boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya.

"Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.

"Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu," kata ketua pembangkang lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.