`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

SEKIRANYA PESTA SENTUH ANJING INI DI ADAKAN SEMASA TSKI MASIH MB SELANGOR.



Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama semalam itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing semalam.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Semalam berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.


Memegang anjing walau dalam keadaan apa sekalipun adalah haram di sisi Islam.

Demikian tegas pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah, semalam.

Beliau yang kini berada di tanah suci Mekah memberitahu, tidak wajar seorang umat Islam memberi alasan mahu orang berani berdepan haiwan itu dan menjadikannya haiwan dikasihi.

Katanya, perkara itu terang-terangan bercanggah ajaran Islam dan jika dibiarkan, boleh merosakkan akidah.

Tetapi, menurutnya lagi, Islam turut melarang umatnya bersikap kejam atau menganiaya makhluk ciptaan Allah, termasuk anjing dan babi.

“Tidak ada satu hadis atau ayat al-Quran yang mengatakan umat Islam boleh memegang atau memelihara anjing (tanpa sebab kukuh tertentu).

“Hadis Bukhari terang-terangan menunjukkan bahawa memegang atau menyentuh anjing, hukumnya adalah najis mughallazah dan wajib dicuci (sertu) menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu dicampur dengan tanah.

“Jangan ikut telunjuk orang kafir yang sememangnya mahu menjahanamkan orang Islam, dengan cuba menghalalkan apa yang haram,” tegasnya.

Beliau berkata, hadis juga menjelaskan, malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang memelihara anjing.

Katanya, perkara itu sangat jelas tentang hukum terhadap haiwan itu yang tergolong dalam kategori najis berat, jika tersentuh.

“Kalau dah sentuh pun tidak dibenarkan dan kena cuci dengan air sebanyak tujuh kali, apatah lagi jika memeluknya atau membiarkan ia menjilat mana-mana bahagian tubuh kita,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam hanya dibolehkan menggunakan anjing dalam dua keadaan, sebagaimana dipetik daripada kitab Baharul Wahfi, iaitu jika rumah seseorang itu jauh di pedalaman dan memerlukan anjing untuk menjaga keselamatan keluarganya.

Satu keadaan lagi, jelasnya, ialah apabila seseorang itu hendak pergi berburu di hutan dan memerlukan anjing bagi membantu pemburuannya.

Beliau turut menyelar pihak yang memandai-mandai memutarbelitkan hadis dan al-Quran, semata-mata untuk tujuan tertentu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program ‘I want to touch a dog’ di Dataran Bandar Utama, pagi semalam, yang turut dihadiri umat Islam.

Menurut penganjurnya, program itu diadakan bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap haiwan berkenaan, serta memberi kesedaran tentang pentingnya memupuk sifat kasih sayang sesama makhluk.

Mengulas mengenai perkara itu, Md Daud berkata, beliau tidak bermaksud umat Islam harus membenci haiwan yang diharamkan agama, seperti anjing dan babi.

Sebaliknya, beliau berkata, cukup sekadar tidak menyeksa atau menganiaya haiwan itu, sepertimana kita menyayangi binatang peliharaan lain.


HANYA MAU LONTARKAN SATU JER SOALAN .. KALAU TSKI MASIH MB SELANGOR ... AGAK-AGAK APA KATA PARA PERANCANG YANG MAU BELIAU DI TUMBANGKAN DARI JAWATAN MB?????

SEBAB OMAK NAMPAK PARA PENGAMPU AZMIN MASIH MEMBISU SERIBU KATA TIDAK BUKA MULUT BERKATA APA-APA.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.