`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 14, 2014

Seks - Kecelaruan Keluarga, Punca Remaja Terlibat Aktiviti Pelacuran



Sebut je pelacuran, ramai orang amik port. Nak tahu. Tambah lagi saban tahun asyik serbuan dan serbuan. Tangkapan demi tangkapan. Dari pakcik mula2 masuk kerja, sampai pakcik pencen. Asyik serbu tangkap, soal, catat. Masuk rekod then masalah tetap sama. Ada yang lakukan seks sebab terpengaruh, ada yang kena khianat, ada yang untuk dapat wang poket, ada yang buat sebab suka-suka. Macam2 jenis. Sebab mendahulukan nafsu, mengimpikan syok sementara. Bila mati datang menjelma, jiwa sengsara. Think it dude!

Dia dikenali sebagai gadis sopan dengan penampilan bertudung ketika bekerja di sebuah pejabat di pusat bandar raya ini dari Ahad hingga Khamis.

Namun, apabila tiba cuti hujung minggu di Johor iaitu pada Jumaat dan Sabtu, gadis manis ini akan berada di Singapura dengan imej seksi demi memenuhi tuntutan kerja sampingan sebagai pekerja seks sambilan.

Itu dua perwatakan berbeza gadis dikenali sebagai Alina, 21, bagi mendapatkan duit mudah untuk memenuhi ‘selera’ mewahnya yang gemarkan barangan berjenama.

  • “Saya memang ada kerja tetap di JB (Johor Bahru). Kerja ikut waktu pejabat lima hari seminggu. Tetapi saya perlukan wang lebih sebab sukakan barangan berjenama.
  • “Di sana (Singapura) saya berpeluang mendapat kemewahan dengan bekerja pada hujung minggu dan tak perlu susah payah sebab teman lelaki saya yang mencari pelanggan.
  • “Paling sikit boleh dapat S$60 (RM153) dan paling banyak antara $100 (RM255) dan $250 (RM630) untuk seorang pelanggan,” kata Alina ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sini.
Selepas diselidik, Alina yang kematian ibu sewaktu usia 14 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol saudara terdekat ketika usianya sembilan tahun.

Ayah dan abangnya pula terbabit dalam penagihan dadah sehingga menyebabkan dia tidak gemar pulang ke kampung halaman di sebuah daerah negeri ini.

“Saya cuba untuk berubah dan berharap ada langkah yang baik di persatuan kebajikan ini,” katanya tanpa mahu bercerita lanjut mengenai latar belakang keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.