`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 30, 2014

Seorang Datuk Seri, Dua Datuk Dihadapkan Di Mahkamah Sesyen Atas Tuduhan Menyimpan 163,460 Liter Diesel

Salah seorang tertuduh dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, semalam.
Salah seorang tertuduh dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, semalam
                            Pengarah bergelar Datuk, Datuk Seri didakwa

[sinar]- Seorang Datuk Seri, dua Datuk dan seorang pekerja di sebuah syarikat pembekal minyak dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menyimpan 163,460 liter diesel di premis tidak dibenarkan di Tanjung Surat, Jun lalu.

Datuk Seri Chong Kor Yong, 56, anaknya Datuk Chong Tzeng Hang, 31, dan Datuk Mohamad Mahmood, 59, yang merupakan Pengarah Harbour Talent Sdn Bhd serta pekerja Teo Yong Foo, 31, mengaku tidak bersalah.

Mereka didakwa menyimpan diesel di kapal MT Inter IMO Number: 7639848 di jeti persendirian Mohamed Long, Kampung Tanjung Belungkor, Mukim Tanjong Surat, di sini, 3.30 pagi, 6 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan sementara Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad diwakili peguam Muhammad Abd Kadir.

Syarikat Harbour Talent Sdn Bhd yang beralamat di Taman Mount Austin, Johor Bahru juga didakwa menyimpan diesel itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kor Yong, mewakili syarikat, mengaku tidak bersalah.

Hakim Salawati Djambari mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad manakala Teo dikenakan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin.

Kor Yong yang mewakili syarikat turut dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan keempat-empat mereka diperintah melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi setiap bulan sekali sehingga kes selesai.

Beliau turut menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.