`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

‘Siapa yang menghalalkan Oktoberfest adalah kafir’

Kerajaan seharusnya tidak boleh menghalalkan program sedemikian kerana ia merupakan satu perbuatan yang haram.
PETALING JAYA : “Apa-apa program yang melibatkan arak adalah haram,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata, pihak-pihak yang menghalalkan penganjuran program tersebut dikategorikan sebagai kafir.
Katanya, kerajaan seharusnya tidak boleh menghalalkan program sedemikian kerana ia merupakan satu perbuatan yang haram.
“Kerajaan dan PBT tidak sepatutnya memberikan kelulusan kepada penganjur,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penganjuran pesta arak Oktoberfest di Selangor.
Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Times Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, 1 Beam, Batu Pahat, Johor Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.
Kemuncak pesta ini akan diadakan bermula semalam hingga 12 Oktober di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.