`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 5, 2014

Siar Gambar Bangladesh Bersolat - Oh Media Kena Bahan KAW2 - Warga Bangladesh Beri Respon.

Mungkin Oh Media nak gambarkan betapa ramainya bilangan warga Bangladesh di ibu kota. Tapi sayangnya. Penggunaan gambar tue agak tidak kena dengan situasi yang mahu digambarkan oleh pihak mereka.

Bila baca komen2 di dalam page tersebut, ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku.

Aku dapati ramai rupanya rakyat Malaysia yang cerdik. Aku suka tengok orang islam aka melayu yang matang dalam menyampaikan kritikan. Buktinya, hanya segelintir kecik aje yang mengutuk gambar tersebut secara membuta tuli namun sebilangan besar pula agak menyindir dan mengkritik tindakan menguplood gambar tersebut.

Oh Media tidak menggunakan apa2 ayat kutukan ketika upload gambar tersebut okay. Tapi rasanya orang faham kiasan yang ingin disampaikan. Dan kritikan tersebut dizahirkan berdasarkan kepada apa yang mereka anggap Oh Media cuba sampaikan.

Ini gambar yang Oh Media sebarkan ;

Dan komen2 di posting tersebut ;






Dan, rupa2nya posting tersebut mendapat perhatian salah seorang warga bangladesh yang nampaknya boleh membaca dan memahami bahasa melayu. Bahasa melayu go global ek. Menarik. 

Haha.

Baca ;



Sebenarnya. Apa yang ingin disampaikan oleh Oh Media memang logik. Cuma penggunaan gambar tidak tepat. Guna la gambar lain. 

Point aku ialah ;

- Tak dapat dinafikan negara kita dibanjiri warga asing.

- Selain dari isu keselamatan, isu pekerjaan juga menjadi masalah jika dibiarkan mereka datang sini secara beramai2.

- Bilangan mereka perlu dikawal.

- Bukan nak menghina atau diskriminasi, jangan salah faham. Cuma jika mereka dah terlalu ramai disini, macam2 kemungkinan boleh berlaku. Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mengawal bilangan mereka di negara ini. Lagi satu, ramai di antara mereka menjadi mangsa agent, yang menawarkan gaji tinggi alih2 dapat gaji rendah dan paksa mereka kerja separuh mati. Ada juga yang kena tipu. Lepas sampai Malaysia dibiarkan terkontang kanting. Senang cakap ada sindiket yang membawa masuk warga asing atas nama mengaut keuntungan ekpress. Macam keuntungan atas angin le. Bila mereka2 ini dah teraniaya, nak p mana? Nak kena kerja la juga sebab dah sampai kat sini. So bilangan mereka yang ramai neh sebenarnya ada yang rakyat Malaysia tatau kenapa. Mereka tatau ada kisah disebaliknya. Nak salahkan mereka? Kena la amek tahu semua citer dulu der. Jangan tuduh2 ma. Senang cakap ia adalah rakyat Malaysia juga yang menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Mereka tak boleh masuk sini suka2. Melainkan ada macam2 pihak yang bawa dorang masuk melalui macam2 cara samada patuhi undang2 ataupun sebaliknya. 

- Dalam waktu yang sama kita perlu faham juga ada warga bangladesh yang baik dan kerja elok2. Tak kacau orang. Yang neh kita jangan la kacau dorang.

- Macam gambar solat di atas.

- Dorang tengah solat. Kacau dorang buat apa.

- Suka tak suka sedara seumat islam kot. Amboi. Kalau la yang itu orang2 arab,  yang membanjiri Malaysia, agak2 nak perlekehkan macam neh tak? 

- Nak sedara mara yang cantik2, kulit putih, kurus jek, macam la korang semua cantik2 dan kacak2 belaka. Btw, bukan perlekehkan rupa paras sapa2. Tapi rupa paras, warna kulit, Allah bagi ma. Mungkin ko terfikir2 kenapa dia putih ko hitam atau kenapa dia hidung mancung ko hidup penyek, atau kenapa dia tinggi ko rendah atau apa2 aje la kan, itu semua sesuatu yang Allah beri. Dilahirkan pakej macam tue, suka tak suka ko tetap kena hidup seadanya dengan apa yang ko dapat. Betul? So, tak payah la nak membanding2kan macam tue. Kita raikan kepelbagaian. Setiap orang cantik dan kacak dengan cara tersendiri. Sudah2 la bersikap racist tak tentu hala. Okay.

Bai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.