`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

Sifar Pelajar Tercicir Selepas SPM



Beberapa inisiatif bakal dilaksanakan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran sifar pelajar bermasalah dan tercicir dalam pelajaran.

Kerajaan negeri terus memperkasakan beberapa inisiatif bagi mencapai sasaran sifar pelajar bermasalah dan tercicir dalam pelajaran.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, antara program yang dijalankan ialah Program Melakar Kasih, Menyemai Impian bagi pelajar berisiko dan bermasalah serta Program Titian Bestari bagi mengurangkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir.

Katanya, program yang diberi nama Melakar Kasih, Menyemai Impian selama tiga hari dua malam yang bermula sejak tahun lalu melibatkan kira-kira 1,000 pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan berisiko bersama ibu bapa.

“Ibu bapa akan ditempatkan di hotel bersama anak untuk menyertai program yang berkonsepkan bulan madu dimana dalam masa yang sama mereka boleh menyelami masalah dihadapi anak mereka dan mencari kaedah terbaik bagi mengatasinya.

“Sejak program itu dijalankan mampu memberikan impak positif di mana peratusan pelajar yang dibuang sekolah juga turut berkurangan.

“Kebanyakan pelajar menunjukkan perubahan positif dan secara tidak langsung dapat membantu menangani tekanan yang dialami guru untuk mengendalikan dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang kondusif di sekolah, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Titian Bestari, di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Hulu Terengganu, semalam.

Hadir sama isteri Menteri Besar To’ Puan Halina Zakaria; Speaker DUN Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib dan Adun Telemong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Program Titian Bestari yang diadakan sejak 2010 itu bertujuan mengatasi masalah pelajar lepasan SPM yang tercicir dan gagal menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

Dato’ Ahmad Razif turut memberitahu, setiap tahun seramai 3,000 pelajar dikenalpasti tercicir dan bermasalah di sekolah dipilih untuk menyertai program ini.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mempengaruhi rekod cemerlang dalam pendidikan yang dipegang Terengganu selama ini.

“Yayasan Terengganu telah menyumbang sebanyak RM1juta bagi menjayakan program ini di mana turut melibatkan Kolej Universiti Tati (Tatiuc), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan beberapa pusat kemahiran yang ada di negeri ini.

“Kesemua mereka akan ditempatkan secara percuma selama 3 bulan di pusat-pusat ini dan mereka diberi peluang untuk memilih kursus yang diminati selepas SPM nanti.

“Ia secara tidak langsung memotivasikan mereka dan memberi persediaan kepada mereka untuk memilih kerjaya selepas sekolah,” katanya.-TEGANUKITA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.