`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 27, 2014

Skandal dalam Utusan PrintCorp yang anda mesti baca..


Kira-kira 70 kakitangan Utusan Printcorp hari ini menuntut pihak pengurusan membayar gaji mereka yang tertunggak sejak tiga bulan lalu selain membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Masalah pekerja berkenaan mendapat perhatian Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang Abdul Rahim Mohd Amin yang mendapati terdapat unsur salah urus dan pecah amanah menyebabkan Utusan PrintCorp yang dahulunya milik Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) melepaskan 70% syer biasanya kepada DTSP Konsortium.

“UMMB kemudiannya membeli balik 10% syer Utusan Printcorp setahun kemudian (kini miliki 40% syer) menyebabkan 104 pekerja teraniaya kerana bakal diberhentikan pada 11 November.

“Utusan Printcorp juga mengambil alih syarikat Jaring Communication pada Ogos dengan harga lebih RM100 juta tetapi gagal membayar gaji pekerja. Saya mengesyaki terdapat unsur salah laku dan pecah amanah daripada penjualan Utusan Printcorp oleh UMMB,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kajang hari ini.

Rahim berkata, tiada sebab Utusan Printcorp menamatkan operasinya kerana syarikat itu pernah mencatat keuntungan lebih RM1 juta ringgit pada 2011.

Katanya, masalah yang dialami oleh pekerja Utusan Printcorp sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Oktober dan mereka mahu masalah mereka turut mendapat pembelaan.

“Ini yang harus disiasat polis dan pihak berkuasa. Kita akan pastikan tindakan tertentu dapat dilaksanakan selain nasib 104 pekerja teraniaya akibat salah urus tadi diambil tindakan tertentu.  

Tunggakan KWSP yang tidak dibayar mulai April adalah RM350,000. Jabatan Tenaga Kerja memaklumkan operasi akan dihentikan kerana tidak menguntungkan.

“Kita juga difahamkan ada pengambilalihan MISC Logoistics membabitkan pegangan RM150 juta yang akan diambilalih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Utusan Printcorp Kyairul Hassme Madan yang hadir dalam sidang media itu berkata mereka mahu syarikat itu meneruskan operasi seperti biasa kerana sukar bagi pekerja mendapatkan pekerjaan baru.

Katanya, UMMB perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan Utusan Printcorp kerana syarikat itu berpotensi mendatangkan pulangan dalam industri percetakan.

“Tiada alasan Printcorp tidak boleh maju. Tender yang kita dapat dari kerajaan sebelum ini, enam tahun kita dapat tender mencetak kertas jawapan peperiksaan untuk PMR dan SPM. Kita tidak nampak perkara itu tidak boleh dilakukan?

“Kita juga mencetak laporan tahunan jabatan kerajaan dan buku perhimpunan agung Umno sebelum ini kami buat, cuma tahun ini tidak buat kerana isu ini,” katanya lapor The Malaysian Insider

1 comment:

  1. Melayu bunuh Melayu style politik orang melayu. CEO Utusan Printcorp tu namanya Norhisam Mohamed Nor. Kerjanya beli kompeni semi government kedian sapu segala duit kemudian bangkrapkan kompeni ni. Dlm pada tu pegi beli kompeni lain pulak dan dia buat yg sama. Kroni Najib atau Daim mamat ni atau semua dia boleh masuk.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.