`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 16, 2014

SULTAN KELANTAN HAPUSKAN 'DAULAT TUANKU'



Golongan orientalis dan liberal sudah mula main racun, sesuka hati guna ayat al quran tanpa disertakan dengan tafsiran dari ulamak ahlul sunnah wal jamaah. Adakah mereka ini sudah cukup syarat untuk membuat tafsiran sendiri......

SULTAN KELANTAN HAPUSKAN DAULAT TUANKU

1. Daulat dimaksudkan kepada kuasa politik untuk memerintah ke atas umat manusia. Daulat dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai sovereignty, dominion dan rule.

2. Allah menetapkan bahawa Daulat hanya hak Allah - Quran 3:26. Allah menetapkan bahawa manusia tidak ada Daulat - Quran 5:43. Daulat Tuanku ini adalah daulat manusia yang selain dpd Daulat Allah - perkara 39 Perlembagaan Malaysia. Ini adalah daulat yang sekutukan Daulat Allah. Apakah Daulat Tuanku tidak syirik?

3. Sultan Kelantan telah pun menghapuskan ucapan Daulat Tuanku di dalam Majlis Resmi dan Baginda menggantikannya dengan ucapan Allahu Akbar. Apakah ini adalah pengakuan Baginda bahawa Daulat Tuanku memang syirik?

4. Kalau dah memang syirik, apakah kita tidakk alami kerosakan Aqidah bila kita ucapkan Daulat Tuanku serta kita setuju dan redha kepadanya - Quran 11:113, 16:106? Tidakkah Raja-Raja kita adalah Berhala-berhala kerana masih menerima gelaran Daulat Tuanku untuk mereka?

5. Apakah pandangan para Tok Peti kita dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan kita? Dah mula kaji ke belum atau memang langsung tak tahu lagi mengenai isu Daulat Tuanku ini? Sementara itu sudah ramai dpd kalangan kita yg mungkin dah terlibat dgn syirik kerana mengucap Daulat Tuanku atau kita setuju dan redha kepadanya.
Wan Solehah al-Halbani
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.