`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 8, 2014

TANAH PERKIM, PEMUDA PAS DAKWA ZAMBRY KADIR SANGGUP GADAI TAPAK SURAU.

Dr Raja Ahmad Iskandar
Pemuda PAS Perak melalui YM DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS  telah memberikan tempoh seminggu kepada Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abd Kadir  menjelaskan berkenaan status tanah atas Lot 977 seluas kira-kira 0.89 hektar (2.21 ekar) bagi tujuan rizab tapak Surau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Bandar Ipoh, Daerah Kinta (Jalan Sultan Idris Shah) yang telah dibatalkan dan ditukar statusnya menjadi tanah komersial. Hal ini amat mengejutkan. 

Merujuk sumber dalaman yang boleh dipercayai dari  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) bahawa keputusan tersebut telah diputuskan pada 11 Julai 2012 yang lalu, persoalannya mengapakah ianya tidak dimaklumkan kepada umum kerana ianya berkepentingan ramai dan begitu sensitif?

Menurut YM Dr Raja Ahmad Iskandar,Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menjelaskan PERKIM ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu Islam yang juga terdapat di Negeri Perak.

" Dan kita juga cukup bangga setelah terbinanya Masjid Muhammadiah Tasek Jaya, Ipoh (Masjid Cina) yang amat berperanan besar di dalam menyampaikan dakwah Islam di Bandar Ipoh khasnya, tetapi sedikit malangnya ianya terletak di pinggiran serta agak tersembunyi di celah-celah bangunan lainnya. Apakah salahnya jika rizab tanah tapak Surau PERKIM tersebut dibangunkan Masjid Cina tersebut? Sudah tentu seluruh rakyat Perak khasnya akan bersetuju dengan pembinaan tersebut terutamanya masyarakat Islam yang ternanti-nantikan masjid seumpamanya yang berada di tengah-tengah Bandar Ipoh." tegas Dr Raja Ahmad Iskandar.

Bagi Pemuda PAS Perak, adakah Datuk Seri Zambry mementingkan keuntungan semata-mata di dalam menguruskan aset rakyat dan juga Umat Islam? 
"Kami ingin mendapat kepastian, berapakah ganti rugi yang diberikan di atas rizab tanah tapak Surau tersebut? Dan berapakah pampasan yang diberikan oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri Perak dan juga MAIAMPk atau PERKIM? soal Ketua Pemuda Pas Perak. 

Selagi Datuk Seri Zambry tidak menjelaskan kedudukan yang sebenarnya, Pemuda PAS Perak akan terus mendesak agar kepekaan aset rakyat dan Umat Islam dipelihara dengan sebaik mungkin dan tidak tergadai begitu sahaja. Dewan Pemuda PAS Perak  mencadangkan kepada PERKIM Negeri Perak khasnya untuk membawa perkara ini bagi mendapatkan keadilan dan begitu kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak dan juga Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.