`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 6, 2014

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.

"Saya ingin tegaskan pengurangan subsidi minyak, bukan sahaja langkah yang tidak popular, malah ia adalah langkah yang amat menyeksa rakyat dan juga status ekonomi negara," ujarnya lagi.

Menurutnya, peningkatan inflasi yang akan berlaku bukan hanya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan rakyat, malah aliran ekonomi negara juga akan terjejas.

Katanya lagi, negara berpendapatan tinggi tidak sepatutnya dinilai pada kocek pimpinan atau peti simpanan wang negara. 

"Apalah erti kekayaan negara jika rakyat terus terhimpit dan hidup menderita," katanya.

Bahkan, ujarnya kocek dan tabung yang tiris itu tidak akan penuh sekali pun diisi dengan semua harta rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, melalui respons yang diberikan oleh pimpinan negara dalam isu harga minyak ini, menunjukkan mereka bukan sahaja sampai hati menindas rakyat, malah mereka juga sampai hati merendah-rendahkan pemikiran rakyat marhaen.

Justeru, tegasnya mesej yang jelas ialah jika mahu turunkan harga minyak, Umno BN perlu diturunkan terlebih dahulu. - HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.