`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

Tutup sekolah vernakular bercanggah undang-undang, kata MCA

Pelajar Cina di  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Oktober, 2014. Pelajar Cina di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Oktober, 2014. 
Sekolah vernakular menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di negara ini dan oleh itu, sebarang usaha untuk menutupnya adalah bercanggah dengan undang-undang, kata presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata sekolah tersebut dilindungi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang antara lain menyebut bahawa walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tiada sesiapa yang boleh dihalang daripada menggunakan bahasa lain untuk mengajar dan belajar.
"Oleh itu, sesiapa sahaja di negara ini yang mempunyai pandangan melampau dan hendak menghapuskan pendidikan (dalam bahasa ibunda), adalah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan," kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita selepas merasmikan Anjung Sejarah MCA di ibu pejabat parti itu hari ini.
Liow berkata MCA bukan sahaja mengutuk mereka yang mencadangkan langkah itu, tetapi juga berpendapat kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni.
Isu kewujduan sekolah vernakular menjadi topik perbahasan sejak beberapa tahun lepas dan terbaru, ia disentuh Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad.
Ahad lepas, media melaporkan Mohamad Azli membuat kenyataan bahawa perhimpunan agung Umno November ini perlu membincangkan langkah untuk menghapuskan sistem sekolah vernakular Cina. – Bernama
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.