`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 18, 2014

Umno Cheras cadang Akta Hasutan dibahas dalam Perhimpunan Agung Umno

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali AlHabsee berkata Akta Hasutan 1948 masih lagi relevan dan patut dibahaskan di Perhimpunan Agung Umno bulan hadapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2014. Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali AlHabsee berkata Akta Hasutan 1948 masih lagi relevan dan patut dibahaskan di Perhimpunan Agung Umno bulan hadapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2014. 
Datuk Seri Syed Ali AlHabsee mencadangkan agar Akta Hasutan 1948 yang dicadangkan untuk dimansuhkan kerajaan pada 2002 dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno bulan hadapan.
Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata akta berkenaan masih relevan terutamanya dalam memastikan semua pihak berhati-hati dalam melontarkan pandangan berkenaan isu perkauman dan agama.
“Kalau lebih banyak yang baik melalui akta seumpama ini maka kerajaan diharapkan berfikir semasak-masaknya sama ada untuk mansuh atau teruskannya.
Media semalam melaporkan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan tidak semestinya ditunaikan jika ia hanya akan menyebabkan keselamatan negara terancam.
Katanya, undang-undang berkenaan masih diperlukan dan majoriti rakyat Malaysia belum bersedia untuk dimansuhkan akta berkenaan. 
“Janji tidak semestinya ditepati jika ia boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara.
“Maka pelaksanaannya boleh ditangguhkan sehingga dirasakan pemikiran rakyat sudah ke arah itu,” katanya pada satu forum yang dilaporkan Sinar Harian.
Syed Ali berkata pihaknya menerima pelbagai respons dan reaksi orang ramai berkenaan ura-ura kerajaan mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Katanya, Akta Hasutan perlu dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pemansuhannya selain kerajaan disaran memikirkan kebaikan akta ini dalam memelihara perpaduan rakyat.
“Bagi saya, kebebasan bersuara dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia ada had dan batasnya.
“Kalau sudah sampai peringkat mengancam keselamatan awam, boleh mewujudkan ketegangan kaum dan pecah belah di kalangan rakyat maka wajar dicegah," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.