`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 5, 2014

{UPDATE} AL-FATIHAH : ENAM SEKELUARGA TERBUNUH DALAM KEMALANGAN

Foto

Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih, kira-kira 8 malam tadi.

Kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua Myvi dan Perodua Alza. 

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.

Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
myMetro

{UPDATE}
Enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha maut setelah Perodua Alza yang mereka naiki dipercayai terbabas lalu merempuh sebuah bas dari arah bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin Sabtu malam.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan lain jenis Perodua Myvi.

Katanya setakat ini tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Azhar Mat Ali, 43, Zaliha Johar, 42, masing-masing dari Kampung Parit Pasir Lama, Pekan Nenas, Johor dan Siti Habibah Kasbon, 43, dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.

Tiga lagi mangsa belum dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan dari arah Segamat menuju ke arah Kuantan itu hilang kawalan.

"Kenderaan itu kemudiannya masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang tiada penumpang dari arah bertentangan," katanya.

Menurutnya, pada masa sama sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Perodua Alza itu tidak sempat mengelak dan turut terbabas di tepi longkang di tepi jalan berkenaan.

"Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.-AgendaDaily-04/10/2014
Caption gambar: Empat daripada enam jenazah yang selesai dikafankan disembahyangkan di perkarangan bilik mayat Hospital Pekan sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.