`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 23, 2014

Usaha penjarakan Anwar jalan terakhir BN


(Oleh: Nazar Hashim)

SUNGAI PETANI 23 OKT: Usaha untuk memenjarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan jalan terakhir Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.


“Jasa terbesar Anwar ialah menyatu padukan semua komponen dalam pembangkang sehingga menjadi satu pakatan yang amat membimbangkan masa depan kerajaan Umno dan BN.

“Kemampuan beliau untuk meletakkan penyatuan inilah menjadi ketakutan yang amat besar sehinggakan konspirasi demi konspirasi direncanakan bagi melumpuhkan kekuatan PR,” katanya semasa berucap dalam siri ceramah ‘Solidariti Untuk Anwar’ di Dewan Lip Seang Khor pada 22 Oktober.

Bagaimanapun kata Tian, angan-angan BN untuk melihat Pakatan berkubur tidak akan kesampaian kerana sejarah membuktikan rakyat bangkit mempertahankan Anwar ketika dipenjarakan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Usaha menyumbat Anwar ke sel sebagai jalan terakhir Umno dan BN untuk melihat PR lemah dan luput dalam arena politik negara, sedangkan mereka sebenarnya sedang dibuai mimpi dan bayang-bayang,” jelasnya.

Menurutnya, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, lanskap politik negara berubah apabila Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen.

“Sejarah kemenangan pilihan raya umum 2008 adalah dengan kehadiran Anwar selepas dibebaskan dari penjara.

“Kekuatan yang diterjemahkan oleh beliau semasa berada dalam PR merupakan senjata bagi melawan dan menggugat kedudukan BN sehingga mereka tidak mendapat majoriti dua pertiga,” katanya.

Tian Chua juga berkata, BN mungkin berjaya mengurung jasad Anwar, tetapi semangat juang beliau akan tetap bersama jutaan rakyat negara ini bangkit menentang kezaliman kerajaan Umno-BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.