`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 30, 2014

VC UM berdiam diri ... memang konspirasi pengurusan UM!!!



KUALA LUMPUR 29 Okt - Pergerakan Puteri UMNO menggesa pengurusan Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tegas dan adil ke atas semua pelajar yang terlibat di dalam penganjuran Program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: '40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' Isnin lalu.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tanpa tindakan seumpama itu dibimbangi kepimpinan universiti tersebut dilihat atau dianggap lemah oleh masyarakat dan pelajar universiti berkenaan.

Sepenuh di Rakyat News  SINI.

Dengan berdiam dan tidak ambil tindakan tegas, UM hanya membenarkan teori berikut:



Mesej ini tersebar di Whats App dan sosial media ...

Pegawai khas VC nama Mohd Naufal Omar adalah seorang yang pro pembangkang? Kerana dialah antara yg bermain "game" untuk tempat penggunaan Dataran DTC oleh PMUM ini. Malah diberitahu sebelum ini isu-isu info UMcedel bocor didalangi oleh pegawai ini.

Mahadi Sibon, Pegawai Khas kepada TNC Akademik UM adalah Angkatan Muda Keadilan. Tidakkah itu jelas?

TNC Akademik PROF. DR. MOHD HAMDI BIN ABD SHUKOR Bekas Amir Hizbi UK yang totok PAS tapi pro anwar pula menasihat VC ambil jalan tengah. Apa muslihat mereka?


Sejak awal dah ada "game" dari pihak pengurusan UM. Mereka nampakkan cara menghalang tetapi hakikatnya mereka seperti mahu program berkenaan diteruskan.

UM mengambil jalan untuk "Black outkan" UM satu tindakan yg memberi persepsi buruk kepada kerajaan.

Semua org tahu Anwar mempunyai kes sedang dibicarakan di mahkamah dan sekarang hendak di bawa pula Anwar ke UM. Sepatutnya VC UM bertegas untuk tidak mengheret UM pada episod dianggap menghina mahkamah. Tapi VC UM mengikut jari telunjuk TNC akademiknya dan pegawai khasnya.

Jika perkara ini ditangani tegas dari awal tak mungkin akan mengheret kerajaan pada persepsi buruk.

Kegagalan isu ini harus diletakkan ke VC UM, TNC akademik dan HEP. mereka wajar dipecat!.

Kepimpinan Universiti yang lemah tidak boleh menghadapi mahasiswa serta isu-isu sekitarnya tidak harus berlaku....


Kini dah kantoi dan terdedah sapa ...Baca MyMassa SINI.

Itulah Kementerian ... dah cakap jangan ambil Prof Ghauth Jasmon ... ambik juga. Dah cakap suruh ambik Prof Dato Rustam ... tak ambik juga.

Menteri pulak tak buat homework, tak investige dan tak buat intel tapi tak mahu dengar feedback. Ego! Degil!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.