`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

Video : Pejalan Kaki Temui Mayat Remaja Ditetak, Lengan Hampir Putus


[mstar]- Seorang pejalan kaki yang melalui Jalan Teknologi 3, Kota Damansara di sini terkejut apabila menemui mayat remaja lelaki dalam keadaan ngeri pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa dipercayai warga tempatan maut akibat ditetak di kepala manakala lengannya hampir putus.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkata, remaja terbabit dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan pemeriksaan forensik, mayat itu dibuang di kawasan berkenaan kurang dari enam jam sebelum ditemui seorang pejalan kaki.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lengan dipercayai akibat ditetak, Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika forensik melakukan pemeriksaan, Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.