`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 27, 2014

VIDEO SEKS LUCAH GURU PENOLONG KANAN DAN RAKYAT PAKISTAN

U KES RAKAMAN VIDEO SEKS LUCAH ZINA LIZAH BUANG GURU PENOLONG KANAN DAN MUHAMAD USMAN ALI LIQAT RAKYAT PAKISTAN – DIUGUT RM10,000 SEBELUM DITAHAN POLIS
Malaysia digemparkan dengan penahanan Lizah Buang bersama teman lelakinya Usman Ali Liqat yang merupakan rakyat Pakistan atas tuduhan merakam aksi video seks lucah dalam sebuah rumah. Lizah berusia 49 tahun dan Usman 27 tahun didakwa telah melakukan kesalahan tersebut dihadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh. Kedua-dua tertuduh tidak melaku bersalah.



Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013. Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing. Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
Lizah Buang Diugut Serah RM10,000 Kerana Elak Video Seks Tersebar

Di Mahkamah Majistret berasingan, rakan senegara Muhamad Usman, iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, yang juga peniaga jubah, didakwa memeras ugut hingga mendorong Lizah menyerahkan RM10,000 pada jam 12 tengah hari, 20 November lalu di depan sebuah restoran di Bukit Beruang. 
Dia dituduh di depan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan. 

Irfan juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga, masing-masing atas kesalahan memiliki sebuah pemacu storan media jenama Kingston serta telefon bimbit mengandungi filem lucah di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Panglima Awang, jam 6.45 petang 30 November lalu. 

Bagi dua tuduhan itu, dia yang diwakili peguam, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

Untuk tuduhan keempat, dia pada jam 7.30 malam, tarikh yang sama didapati memiliki sebuah komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, di sini dan didakwa mengikut seksyen sama seperti tuduhan kedua dan ketiga. Irfan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM13,000 sebelum menetapkan 7 Januari untuk sebutan semula. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.