`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

[VIDEO] Tak Malukah Kita, Malaysia Nombor Satu Korup? Soal Ku Li

Ku Li: Kaji semula OSA, Akta Prosedur Kewangan 

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini. 

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.


"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

Masalah rasuah, kewangan

Beliau yang pernah menjadi pengerusi bank dunia turut mencadangkan supaya tender secara terbuka diamalkan bagi memastikan masalah rasuah dan kewangan negara dapat diatasi

"Kalau kita nak kawal soal rasuah, kita kena lihat pada Akta Prosedur Kewangan. Semak. Saya tahu ini kerana pernah jadi menteri kewangan. Sebab itu bukan sebarang orang yang boleh menjadi pemangku menteri kewangan kalau dia bercuti.

"Jadi, banyak kelemahan di situ. Contohnya, menteri kewangan mempunyai kuasa dalam rundingan terus. Tanggungawab kita kepada rakyat besar. Ini bukan harta mak bapa kita.

"Ini harta rakyat. Yang kita nak guna duit ini, duit rakyat. Yang kita nak kumpul macam-macam cukai, kita tak boleh guna sewenangnya duit yang kita kutip daripada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada supaya kerajaan menggunakan cara yang betul dan adil dengan membuat tender terbuka kepada pihak yang layak.

"Kalau ada yang bida rendah tetapi bermanfaat kepada rakyat, kita beri sahajalah. Saya bukan marah kerajaan tapi inilah kelemahan yang ada dalam sistem kita. Jangan kita salah guna kuasa yang kita ada," katanya lagi. -mk 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.