`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 10, 2014

Wanita bersekedudukan hingga lahir lima orang anak



Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menahan seorang wanita berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi. 
Katanya, JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

"Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rahimin berkata, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.

Beliau berkata, wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.

Sementara itu Rahimin berkata, JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.

"Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.