`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 30, 2014

Zon ‘Esscom’ lebih selamat dari Kuala Lumpur, jamin menteri kepada rakyat Sabah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan kawasan pantai timur Sabah (Esscom) selamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan kawasan pantai timur Sabah (Esscom) selamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.
Rakyat Sabah tidak perlu risau akan keselamatan di pantai timur negeri itu kerana ia lebih selamat daripada Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada Dewan Rakyat hari ini, jaminan itu diberikan berdasarkan lawatan turun padangnya di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (Esscom) untuk memastikan zon tersebut benar-benar selamat.
"Saya pergi ke kawasan yang paling bahaya pada malam tanpa adanya butiran keselamatan, saya ke sana untuk memastikan negara selamat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan mengenai isu keselamatan dan perintah berkurung di pantai timur Sabah itu.
Tambahnya memandangkan sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung beliau mahu memberi jaminan kepada penduduk di Sabah kawasan itu selamat.
"Apa yang bagus di Zon Esscom, sementara kita menumpukan perhatian terhadap mana-mana ancaman luar pada masa dapat mencegah jenayah berlaku di kawasan itu, dengan erti kata lain Esscom lebih selamat dari Kuala Lumpur," katanya.
Terdahulu Ahli Parlimen Putatan (BN) Datuk Dr Marcus Mogijah mendakwa perintah berkurung itu menimbulkan kesusahan kepada penduduk kerana mereka dikelilingi dengan pengawal bersenjata namun keselamatan tidak juga bertambah baik.
"Saya ingin tahu pada jam berapa kalan Esscom, berapa yang ditahan, disiasat dan didakwa," kata Marcus.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.