`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 5, 2014

Anwar Yakin Tidak Akan Dipenjarakan



Anwar: Kes ini patut dibuang awal lagi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa beliau tidak akan dipenjarakan berhubung kes Liwat II.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada penyokongnya di luar Istana Kehakiman hari ini.

Anwar berkata, kalau mendengar hujah peguamnya dan hujah pihak pendakwa, "kita boleh menang".


"Dan hari Khamis ini kita perjuangkan hujah kita lagi. Kalau ikut undang-undang dan fakta, kes ini patut dibuang awal lagi," katanya disambut dengan sorakan.

Berlaku sedikit kekecohan sebelum ini apabila penyokong dan jurugambar berasakan untuk mengambil gambar ketua pembangkang itu.

Mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 700 penyokongnya, Anwar juga mengajak mereka ke rumahnya di Bukit Segambut malam ini untuk majlis bacaan Yasin dan solat hajat.

Dalam ucapan kira-kira setengah jam itu, Anwar turut melahirkan keinginan untuk masuk ke Universiti Malaya (UM) lagi sekiranya beliau bebas.

"Saya nak masuk UM lagi. Nak masuk U (universiti) pun tak boleh. Ini negara tok (atok) kamu ke?

"Saya ini pasukan khas bagi pendidikan tinggi di negara Islam. Universiti Harvard, Stamford, universiti di Dubai, China semua jemput. Tak larat nak terima.

"Tapi negeri kita tak bagi masuk," katanya.

Muhammad Shafee selesai penghujahan beliau hari ini. Mahkamah Persekutuan bersetuju untuk meneruskan pendengaran pada hari Khamis, seperti yang dimohon oleh peguambela utama Tan Sri Gopal Sri Ram.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.