KULIM - Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan
berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak
ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.
Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai
bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis
Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.
Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat
ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan
air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kulim.
Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah
Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah
seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam.
Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya
menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya
Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya. Polis
kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.
Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat
laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol.
Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat
laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.