`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 6, 2014

Isteri kartunis Zunar ditahan jual buku sindir institusi kehakiman

Polis menahan isteri kepada kartunis kontroversi Zunar di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini kerana menjual buku menyindir institusi kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.Polis menahan isteri kepada kartunis kontroversi Zunar di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini kerana menjual buku menyindir institusi kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar ditahan di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.
Turut ditahan seorang lagi wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas.
Mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar.
"Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan semuanya ditahan mengikut Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama. –  Bernama

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.