`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 18, 2014

Jika harga minyak tidak turun awal Disember, Pakatan akan anjur demonstrasi

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata dasar subsidi petrol dan diesel selama ini dilaksanakan supaya kekayaan hasil minyak negara turut dinikmati rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2014. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata dasar subsidi petrol dan diesel selama ini dilaksanakan supaya kekayaan hasil minyak negara turut dinikmati rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 November, 2014. 
Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan demonstrasi pada 31 Disember depan di Dataran Merdeka sekiranya Putrajaya tidak menurunkan harga minyak RON97, RON95, dan Diesel, pada 1 Disember, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dengan mengambil kira dasar subsidi petrol dan diesel Putrajaya selama ini dilaksanakan supaya kekayaan hasil minyak negara turut dinikmati rakyat terbanyak, Barisan Nasional (BN) sememangnya ingin menghapuskan terus subsidi yang dinikmati rakyat.
"Saya ambil maklum cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan harga petrol dan diesel akan diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke parasa US$70 hingga US$75 setong.
Beliau berkata, dengan penurunan harga petrol dan diesel sekarang, akan menguji sejauh mana hujah ekonomi BN kononnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, peniaga boleh dituntut menurunkan harga barang.
"Saya percaya jika harga petrol dan diesel diturunkan sekrang, harga barang tetap tidak akan turun lalu membuktikan hujah BN mengenai GST tidak boleh dipakai," kata Rafizi.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.