`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 11, 2014

Kantoi !! Berasmara Dengan Isteri Orang


Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan
Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati 
berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat 
yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat 
yang dijalankan.Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi 
dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh 
menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata,
pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu 
ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’
pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota 
 operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati 
 mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak
 didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya
 masih lagi isteri orang.

“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun
 status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses
 perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini,
 semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang 
diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain 
berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi 
 proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran 
 kepada mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor
 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda
 RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada
dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. – SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.