`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, November 15, 2014

MRSM berbayar akan wujudkan kasta, kata kesatuan guru

Cadangan Putrajaya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar khusus bagi pemohon daripada kalangan keluarga berkemampuan akan mewujudkan 'kasta' di kalangan pelajar, kata Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, lapor Sinar Harian hari ini.
Presidennya Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, ia berkemungkinan mengakibatkan pengasingan antara pelajar dari keluarga miskin dan kaya mengikut sekolah.
“Sekarang ini di negara kita sudah ada sekolah swasta yang menempatkan pelajar daripada golongan elit. Kita tidak mahu MRSM turut melakukan perkara yang sama, seolah-olah mengkastakan pelajar mengikut kekayaan.
Pada Khamis, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata di Dewan Rakyat, Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang mempertimbangkan perkara itu berikutan permintaan tinggi kalangan ibu bapa berkemampuan.
Katanya, Mara juga sedang membuat kajian terperinci mempertimbangkan pembinaan MRSM baru di beberapa kawasan Parlimen terpilih seluruh negara.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.