`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, November 16, 2014

ORANG SIAL !!! SANGGUP BUANG JANIN TEPI BAS STOP KEJAMMM SUNGGUH !!!


Johor Baharu: Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di sini, semalam.

Remaja berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi kejadian.

Ketua polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, Janin yang cukup sifat itu diangarkan berusia 18 minggu.

Beliau, berkata suspek terbabit dipercayai membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta hasil persetubuhan yang tidak sah.

"Polis menjalankan siasatan rapi dan dalam tempoh empat jam, kami berjaya mengesan suspek yang dipercayai ibu kepada janin terbabit," katanya. HMetro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.