`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 15, 2014

Pembantu rumah biadab

Kuala Lumpur 08 November 2014. Curi duit  Majikan di Shah Alam.
Kuala Lumpur – Seorang pembantu rumah bertindak biadab apabila sengaja memuat naik gambar barang kemas milik majikannya yang dirompak melalui laman sosial Facebook (FB).
Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, yang tinggal di Shah Alam, Selangor, mendakwa terkejut dengan tindakan berani pembantu rumahnya dikenali sebagai, Ani, 24, berasal dari Jambi, Indonesia.
Menurutnya, wanita itu bertindak mencuri pelbagai barang kemas miliknya sebelum melarikan diri dari rumah, September lalu.
“Ini adalah pembantu rumah saya yang keempat. Saya mula mengambilnya bekerja melalui ejen di sana pada tahun 2012 dengan bayaran hampir RM5,000.
“Sepanjang dua tahun berkhidmat, saya perhatikan dia seorang yang tidak bersungguh membuat kerja dan kerap buat perangai,” katanya.
Mangsa yang juga seorang cikgu berkata, dia tidak berani menegur wanita itu kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika dia keluar bekerja. -klpost

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.