`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 5, 2014

Tak Puas Hati Hasil Rompakan, Isteri Disetubuh Depan Suami


TANGKAK: Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja
memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri 
rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 
tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai 
sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol 
mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.

Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan 
dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu
belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan
anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan
tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.

Kumpulan perompak itu kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum 
merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, barang kemas dan empat telefon
bimbit yang semuanya bernilai lebih RM3,000.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata perompak itu 
melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira milik mangsa sebelum meninggalkan
kenderaan berkenaan di tepi jalan berhampiran kawasan Pagoh, iaitu kira-kira 20 
kilometer daripada tempat kejadian.

Katanya, kemudian kumpulan perompak itu melarikan diri mungkin dengan
menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki dipercayai bagi mengelak dikesan
pihak berkuasa.

“Setakat ini kita tidak dapat memastikan sama ada kumpulan itu melarikan diri 
dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki kerana kita masih menjalankan 
siasatan lanjut kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai 
kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di 06-9781222 
atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.