`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, November 15, 2014

Veteran PAS Tengku Puji umum jual seekar tanah untuk operasi PasMa

TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (tengah) diiringi dengan sahabatnya (kiri) bersama-sama Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim (kanan) di sini malam ini.
TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (dari kiri, berdiri, berkopiah) menyampaikan ucapan berhubung operasi PAS dan PasMa Pahang di sini, malam tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan.

Melihat posisi mesyuarat NGO itu malam tadi, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu.

"In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan.


Sebelum itu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi memberitahu, PasMa mulai dipelawa dialog dengan peringkat PAS Pusat melalui Naib Presidennya Salahudin Ayub, serta di beberapa negeri susulan retreat parti masa depan berkenaan baru-baru ini.

"Selepas retreat PAS baru-baru ini, PasMa seakan diiktiraf dan pemimpin parti mula mengaturkan dialog peringkat pusat selepas ini," ujar Phahrolrazi.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah turut mengarahkan semua ahli tetapnya supaya mengukuhkan organisasi di peringkat negeri dan cawangan.

Lebih 50 ahli serta perwakilan negeri masing-masing mengadakan dialog dua hala dengan pemimpin pusat PasMa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.