`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 5, 2014

Video : Wanita Ditangkap Dan Ditampar Kerana Mencuri Di Masjid



Satu video yang memaparkan seorang wanita melayu yang telah ditangkap oleh orang awam kerana telah didakwa mencuri telah dimuat naik ke internet baru-baru ini.

Mengikut apa yang dilaporkan, kejadian itu berlaku di kawasan RNR Juru, Pulau Pinang.

Wanita itu dikatakan cuba mencuri wang di dalam surau di RNR berkenaan tetapi dia telah terkantoi setelah perbuatannya itu disedari oleh orang awam.

Di dalam video berkenaan, wanita itu dilihat menangis menagih simpati. Dalam video itu juga dapat dilihat kelibat seorang lelaki menyerkup kepala wanita itu denga menggunakan baldi air selain dari ditampar.

Ditanya kenapa mencuri, wanita itu memberikan alasan dia mengalami tekanan emosi dan mempunyai kada akuan yang menyatakan dia adalah seorang pesakit mental.



Wanita itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.