Kuala Lumpur: Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun
tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun
selain mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang
dilakukan mereka kepada keluarganya.
Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya
Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya
sudah beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan
diugut pukul jika membocorkan rahsia.
Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan
Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan
di Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang
ke rumah.
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang
Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang
juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu
menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu
mangsa Jumaat lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.