`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 1, 2014

DUN Selangor potong gaji speaker, timbalan, MB dan exco

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama sebahagian barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau hari ini membentangkan pengurangan gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember. 2014.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama sebahagian barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau hari ini membentangkan pengurangan gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember. 2014.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan pengurangan gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan melibatkan speaker, timbalan speaker, menteri besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.
Bagi speaker, gaji asal RM22,500 sebulan ditolak sebanyak 33.33% menjadi RM15,000, timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000 (36.51%), menteri besar daripada RM29,250 kepada RM25,000 (14.53%) dan exco daripada RM20,250 kepada RM15,000 (25.93%).
Perkara itu dibentangkankan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semasa sidang DUN petang tadi.
Pengurangan gaji melalui pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2014 itu juga dapat menjimatkan wang negeri sebanyak RM1.029 juta setahun, kata Azmin.
Adun Sekinchan Ng Suee Lim ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata, jumlah gaji itu sangat sedikit dan tidak berbaloi dengan kerja keras mereka memajukan negeri.
Beliau turut membandingkannya jumlah yang diterima menteri kanan Sarawak iaitu RM30,000 sebulan, walaupun negeri itu tidak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi seperti Selangor.
Adun Hulu Kelang Saari Sungip turut bangun mempersoalkan jika mereka ada menerima elaun tersembunyi lain yang tidak didedahkan Azmin apabila potongan gaji dilaksanakan.
"Adakah cuba menyembunyikan angka lain selain itu seperti elaun pengerusi dan sebagainya? Dalam bajet saya tekankan politik akar budi. Kena prihatin, jujur, dan ikhlas terhadap keperitan rakyat.
"30% rakyat Selangor miskin... kalau betul nak turunkan gaji, Adun kena turunkan juga," katanya.
Adun Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa, penyelarasan gaji itu dibuat secara agak tergopoh-gapah dan mencadangkan supaya diperkemaskan dan diteliti dengan lebih mendalam pada masa akan datang.
"Sekurang-kurangnya, gaji speaker sepatutnya lebih tinggi daripada exco," katanya.
Azmin dalam jawapan balasnya berkata, agak keterlaluan apabila membuat perbandingan dengan gaji anggota pentadbiran Sarawak kerana negeri itu mempunyai rizab RM22 bilion, berbanding Selangor yang hanya ada RM3.3 bilion.
Katanya, keputusan itu juga bukan dibuat secara peribadi tetapi atas arahan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang mahu kenaikan gaji pada 2013 diteliti dan disemak semula.
"Ini bukan soal peribadi. Ini keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR supaya kenaikan gaji dan elaun 2013 dikaji dan disemak semula, sesuai dengan keadaan semasa dan kos sara hidup yang begitu membebankan rakyat.
"Saya harap kita boleh terima dengan baik," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.