`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 20, 2014

Malaysia rugi RM1.38 trilion kerana rasuah



Nak bukti BN pandai mentadbir negara? ini dia satu daripada beribu buti yang menunjukkan BN yang diterajui umno pandai mentadbir negara. Nilai trilion tu kalau nak dicatat dalam nombor telalu banyak angkanya.

Macai bengap dan tolol tolong fikir sikit. Kalau tak pandai juga pergi jumpa bomoh kelapa biar dia jampi bagi pandai.... wakaka

KUALA LUMPUR 16 DIS: Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram, Integriti Kewangan Global (GFI).

Laporan yang dikeluarkan hari ini seperti dilapor Malaysiakini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.

Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad itu menyebut pengaliran keluar wang haram ini berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.

Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.

Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia juga kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal.

(http://www.keadilandaily.com)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.