`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 20, 2014

PERKASA Mengamuk Di Pulau Pinang ??

Tangkap Guan Eng, desak peserta protes

 
Kira-kira 30 ahli PERKASA mengadakan dua protes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri ini.
 
Protes itu diadakan di Kampung Rawa dan Komtar selepas solat Jumaat hari ini.
 
Mereka menuntut polis menyiasat dan menangkap ketua menteri itu serta mendesak exco negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul Malik Abul Kassim supaya meletakkan jawatan.
 
Peserta protes itu turut membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Allah just for Muslims, Fight No Fear".
 
Semalam, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan memansuhkan Seksyen 5 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang atau mana-mana enakmen yang lain, kerana ia tidak terikat kepada bukan Islam.

"Malah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 turut menyokong kenyataan saya, di mana Seksyen 49(1) Enakmen terbabit menyatakan bahawa sesuatu fatwa adalah mengikat ke atas setiap orang Islam di dalam negeri…, tanpa menyebut orang bukan Islam, jelas mengehadkannya kepada orang Islam sahaja," kata Lim.
 
 

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.