`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 19, 2014

PRK Inanam: Ronald Chia marah Lajim sapu semua projek


Adun PKR di Sabah letak jawatan

Astro Awani | Kemas kini: Disember 17, 2014

KUALA LUMPUR:  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.

Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Due to health reasons, I will step down as Adun Inanam. I thank the Inanam voters and party leadership for ur support over last 17mths.— Dr Roland Chia (@RolandChiaMS) December 17, 2014

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.

----------------------

Anwar bakal ke KK untuk pujukRonald Chia. Dengan begitu lantang dia poliyikkan isu RCI yg dia pun terlibat, masih juga dia takut hadapi PRK.

Tak hwran dia takut hadapi PRK kerana kes saman terhadap Dato Anifah Aman hanya membogel dan memalukannya.

Ronald undur bukan saja kerana cemburu Dato Lajim Ukin dilantik Pengerusi PKR Sabah, tapi lebih dari itu.

Dia dipercayai geeam Lajim sapu makan sorang kontrak2 yg diperolehi di Selangor dan Penang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.