`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 4, 2014

Tengku Adnan Dakwa Najib Berbohong?


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.

“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.

Kenyataan pengerusi perhubungan Umno Bahagian Wilayah Persekutuan itu hari ini bertentangan dengan teguran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menggelar blogger seumpama itu sebagai 'bangang' ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2014, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan blogger Umno siapa membayar gaji mereka, dan berkata mereka sepatutnya menyerang pembangkang, bukan Umno.

Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.

“Blogger yang pro Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita.

“Itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” katanya. ~malaysian insider


Addin:


Dalam perhimpunan agung umno baru-baru ini, Najib telah bagi warning kepadablogger umno supaya tidak menembak umno dan perlu tahu siapa yang membiayainya (baca sini.) Adakah Tengku Adnan menuduh Najib berbohong apabila mengatakan umno tidak membiayai blogger.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.