`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 20, 2014

(Video) Insiden Myvi Mengamuk di Taman Tun Fuad, Polis Buru Dua Suspek Lelaki

Insiden Myvi

DIKEHENDAKI… Kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang di sekitar Inanam dan digunakan suspek dalam kejadian itu. Sementara gambar kecil ialah wajah salah seorang suspek lelaki yang sedang diburu polis.

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan dua orang lelaki dipercayai terlibat dengan satu insiden di mana suspek lelaki ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan milik orang awam termasuk sebuah motorsikal milik anggota polis dalam kejadian di Taman Tun Fuad di sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra Muthu berkata salah seorang suspek dikenalpasti sebagai Samri bin Samsul nombor kad pengenalan 861027-12-5239 dan alamat terakhir di Penempatan Kinarut, Papar.

“Rekod polis menunjukkan suspek ini pernah terlibat dengan lapan kes pecah kenderaan di sekitar Luyang,” katanya Ibupejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Oleh itu, Chandra meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek, agar segera berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ali di talian 013-2120835 atau melalui talian hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 ataupun di balai polis yang berdekatan.

Sementara itu, dalam insiden semalam, suspek yang nekad untuk melarikan diri tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling,  bertindak melanggar beberapa buah kenderaan yang diletak di kawasan meletak kenderaan di kawasan berkenaan menggunakan sebuah Perodua Myvi.

Melalui rakaman video kejadian itu yang kini tersebar meluas di laman sosial, menunjukkan  orang ramai cuba untuk memujuk suspek daripada terus bertindak agresif namun tidak berhasil  apabila suspek enggan keluar dari kenderaan sebaliknya terus melanggar kenderaan lain di kawaaan itu sebelum suspek berjaya meloloskan diri.

“Seorang anggota polis cawangan siasatan jenayah turut cuba menghalang namun motorsikal polis itu turut rosak akibat dilanggar oleh suspek berkenaan,” katanya lagi.

Polis bagaimanapun berjaya menemui kereta Perodua Myvi itu yang ditinggalkan suspek tidak jauh dari tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di sekitar kawasan Inanam.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan itu turut menemui beberapa dokumen serta peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan,” katanya.

Sehubungan itu, Chandra menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan atau meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.