`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 12, 2015

Apabila maruah wanita bertudung menggadaikan maruah kepada artis K-pop..bertaubatlah..!!!

Gila K-pop seperti puja ajaran sesat, perlu bertaubat, kata NGO Islam

Konsert kumpulan Korea Selatan B1A4 di KL Live pada Sabtu mendatangkan kritikan media sosial selepas beberapa gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium kumpulan tersebut. – Gambar dari Facebook, 12 Januari, 2015.

Gila atau minat yang mendalam terhadap muzik K-pop Korea Selatan umpama pemujaan guru ajaran sesat yang melanggar batas-batas agama, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

NGO itu juga menyeru gadis Melayu-Islam yang dipeluk dan dicium artis Korea Selatan tempoh hari agar segera bertaubat sebelum datang kemurkaan Allah.

“Saya melihat ini sebagai satu sikap pemujaan terhadap artis secara berlebih-lebihan sehingga hilang rasional diri dan mengetepikan larangan agama," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan kepada The Malaysian Insider.

“Perkara ini amat dikesali. Mereka yang terlibat perlu memohon keampunan kepada Allah. Ia salah, mendatangkan dosa dan dibuat secara terang-terangan, boleh mengundang kemurkaan Allah yang besar. Mereka perlu berhati-hati."

Amidi mengulas tingkah laku gadis Melayu yang rela dipeluk dan dicium artis K-pop, B1A4 dalam satu mini konsert di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Katanya, gadis yang melanggar batas agama itu bukan saja dikritik umat Islam, malah seluruh rakyat Malaysia yang berkongsi nilai yang sama.

“Mereka di media sosial kurang menyenangi gadis bertudung terbabit. Ini menunjukkan nilai persamaan rakyat Malaysia dalam isu ini.

“Nilai bersama ini perlu didokumenkan sebagai budaya masyarakat Malaysia. Artis luar perlu diingatkan perilaku yang sesuai dengan masyarakat Malaysia,” katanya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia pula mengingatkan penganjur acara perlu memahami dan mematuhi norma dan budaya masyarakat Malaysia.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata keluarga, masyarakat dan kerajaan perlu berganding bahu bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang di negara ini.

“Pengurus acara perlu tentukan acara yang dibuat teratur mengikut tatacara yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Dalam konteks ini, penganjur perlu tentukan budaya dan tatacara perlu diambil kira kerana negara yang berbilang kaum di Malaysia melibatkan sensitiviti.

“Penganjur kena memperketat apa yang mereka ingin lakukan. Sebelum ini penganjuran acara juga pernah menyebabkan kematian,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kesal dengan penganjuran mini konsert berkenaan yang menyifatkan gadis berkenaan seolah-olah hilang identiti Muslim.

Yang Dipertua Isma Hulu Langat Mohd Noor Azib Asmangi berkata konsert berkenaan dilarang dalam Islam kerana melalaikan dan menggalakkan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan secara bebas.

“Kita menasihatkan agar adik-adik di luar sana menghindari budaya hedonisme ini, fahamilah Islam dan hayati dalam kehidupan.

“Kecenderungan kepada budaya ini bermula dengan siapa kita berkawan. Sehingga Islam menyebutkan, jika ingin kenal peribadi individu, kenali dengan siapa dia berkawan,” katanya seperti disiarkan Ismaweb.

Aksi gadis bertudung itu mendapat kecaman warga media sosial apabila ia mula disiarkan di laman Facebook Sukan Star TV hari ini.

Video berkenaan menunjukkan gadis berkenaan berpelukan dan ada yang dicium oleh artis K-pop itu.

B1A4 merupakan artis berkumpulan dari Korea Selatan yang dianggotai Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Mereka yang hadir ke konsert yang diadakan KL Live, Jalan Sultan Ismail itu perlu membayar harga tiket di antara RM199 dan RM799.

Rata-rata pengguna media sosial yang mengulas mengenai kejadian itu memberi reaksi negatif dan melahirkan kekesalan ke atas perilaku artis Korea Selatan berkenaan.

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lim Jeremy berkata, artis Korea Selatan itu tidak boleh dipersalahkan kerana mereka tidak memahami undang-undang Islam.

“Salahkan gadis berkenaan. Jangan salahkan Islam dalam hal ini,” katanya.

“Maaf bercakap. Tidak pelik ke? Mengapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman,” komen seorang bernama Musemmil Genjuro pula.

Phylisia Valerie pula berkata: “Aku bukan Islam tetapi malu juga tengok benda macam ni. Kawan-kawan aku ramai Muslim, kalau dia orang buat benda macam ni, sah makan penyepak.”

“Jika kamu kenal gadis yang tidak menggemari K-pop, kahwinilah dia,” kata seorang yang bernama Wan Munir melalui akaun Facebooknya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.