`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 11, 2015

Bila Polis Dan DBKL Kalah Saman. Apa Maksudnya?

Negara kita negara maju.. Bakal menuju negara islam termoden. bla bla bla bla.. Joget joget sana sini.. Pondan dibenarkan gaya pemakaian bangang mereka. Atas dasar kemanusiaan tahi. Ditokok tambah dengan pemakaian pondan bukan jenayah. Sembang pecah bibir, habis air liur, telentang atas jalanraya. Pemegang kuasa bangang tetap jadi bangang.

Sebuah institusi kalah dimahkamah dengan seorang student. Apa maksudnya.. Bagi aku, ia satu kelemahan pentadbiran. Kelemahan seorang ketua yang mengetuai sesuatu organisasi. Tidak faham perundangan atau ditidakfahamkan.

Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintahkan membayar gantirugi kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza kerana ditahan secara tidak sah pada tahun 2012.
"Kita menang. Akhirnya kita menang," tulis Fahmi di akaun Facebook miliknya.
Fahmi turut menyiarkan sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Nordin yang memaklumkan bahawa pihak DBKL dan polis dikehendaki membayar pampasan melebihi RM30,000 kepada Fahmi.
Fahmi ditahan pada 22 April 2012 sewaktu pihak DBKL cuba mengosongkan Dataran Merdeka daripada aktivis Occupy Dataran yang berkampung di situ.
Mereka berkampung di situ susulan daripada demonstrasi pada 14 April 2012 bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pendidikan percuma.


(malaysiakini)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.