`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 9, 2015

Bongkar!!! Siapa Pegawai Khas ADUN Di Bahagian Tengah Sarawak Sah Ditahan Polis? Jom Terjah!!!


SIBU - Polis hari ini mengesahkan seorang pegawai khas Adun Sarawak ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.
 
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan berhubung penemuan 400 gram dadah dipercayai syabu yang disembunyikan di pusat khidmat wakil rakyat berkenaan di sebuah kawasan persisir pantai di bahagian tengah negeri ini.
 
Mahkamah mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah terlarang.
 
"Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan dadah yang ditemui adalah untuk kegunaan suspek sendiri. 
 
“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dia terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu," katanya ketika dihubungi.
 
Penahanan lelaki itu dibuat dalam serbuan pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah ke atas pusat khidmat seorang wakil rakyat tersebut yang terletak 70km dari Mukah berikutan aduan awam mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah. 

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.