`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 8, 2015

Haru Betul...Bakal Setiausaha Kerja UMNO Diminta Jadi 'Protege' Terlebih Dahulu

Mohd Sufian sudah dipersetujui sebagai SUK UMNO yang baru tapi Abd Rauf masih enggan melepaskan jawatan itu.

Antara rungutan paling banyak kedengaran mengenai UMNO dalam era kepimpinan Najib Razak ialah berkaitan dengan watak Setiausaha Kerja di ibu pejabat parti itu iaitu Abd Rauf Jusoh yang tidak mesra, berlagak dan tidak menyumbang kepada pentadbiran yang lebih baik.

Sejak memegang jawatan itu seiring dengan Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 2009, beliau dilihat lebih banyak menjadi beban berbanding aset kepada parti.

Namun demikian, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan itu kerana hubungannya yang rapat dan sering menampakkan wajahnya di belakang Najib dalam banyak program anjuran UMNO.

Melalui jawatannya sebagai Setiausaha Kerja itu, Abd Rauf juga kini sudah meningkat setakuk lagi kedudukannya dalam parti iaitu menjadi Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka sejak 2013 lalu.

Berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 dan prestasi UMNO yang terus dipertikaikan serta menilai rungutan yang bertali arus itu, para penasihat Najib dikatakan mula melihat kewajaran perlunya meletakan calon baru sebagai Setiausaha Kerja UMNO.

Calon yang sudah dipersetujui ialah Mohd Sufian Awang, bekas Exco Pemuda UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kuantan serta pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Jamaluddin Jarjis tetapi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.

Mohd Sufian juga pernah menjadi calon BN bagi Parlimen Kuantan pada PRU 13 lalu tetapi kecundang kepada calon PKR, Puziah Salleh.

Kedudukan beliau sebagai orang muda yang berlatarbelakangkan profesion undang-undang dilihat oleh para penasihat Najib mampu membawa imej lebih baik kepada UMNO bagi menghadapi cabaran mendatang.

Bagaimanapun, Abd Rauf sehingga ini dikatakan enggan melepaskan jawatannya itu dan ini menjadikan usaha meletakkan Sufian  di kerusi pentadbiran UMNO itu tersangkut di pertengahan jalan.

Dalam satu insiden, Abd Rauf juga dikatakan "menyergah" Sufian dengan mengatakannya belum layak memegang jawatan Setiausaha Kerja kerana tidak mempunyai hubungan yang serapatnya dengan Presiden serta kebanyakan pemimpin utama UMNO yang lain.

Beliau malah mencadangkan Suffian  yang kini bertugas di Prima atau Perumahan Rakyat 1Malaysia, agar menjadi "protegenya" sekurang-kurangnya selama dua tahun terlebih dahulu jika ingin mengambil alih tempatnya.

Dalam masa yang sama, persetujuan menukar Abd Rauf yang dicadangkan oleh para penasihat di Putrajaya itu tidak pula mendapat respon positif daripada Najib dan beliau seolah-olah enggan bertegas untuk meminta Abd Rauf melepaskan jawatannya itu walaupun ia jelas lebih baik untuk masa depan parti.

Ini menjadikan, walaupun nama Sufian telah diketahui ramai bakal menjadi Setiausaha Kerja UMNO yang baru tetapi masih belum dapat dipastikan bila beliau boleh memulakan tugasnya. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.