`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 27, 2015

Ibu dakwa Sirul dianiaya, kata laporan

Korporal Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati di Malaysia dan diletakkan antara senarai Interpol sebagai Orang yang Dikehendaki selepas didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.Korporal Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati di Malaysia dan diletakkan antara senarai Interpol sebagai Orang yang Dikehendaki selepas didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.
Keluarga kepada Korporal Sirul Azhar Umar yang terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu merasakan anaknya dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis, lapor Harakah Daily.
Ibu Sirul, Piah Samat ketika dilawat Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Mahfuz Omar di kediamannya Changkat Jering, Bukit Gantang, menyatakan penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan moral kepadanya sejak gambar Sirul didedah kepada umum selepas menghilangkan diri ke Australia.
"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami. Semua bagi sokongan. Orang kampung datang beri sokongan kepada kami," katanya kepada Harakah Daily.
"Tetapi ada juga yang kata macam-macam. Ada yang kata dia sudah kena bayar sedangkan dia tidak dapat apa pun, hingga makcik jadi malu hendak jumpa orang.
"Tidak henti-henti Allah beri ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.
Piah yang merupakan ibu tunggal yang berusia 74 tahun menyifatkan Sirul seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Katanya, walaupun Sirul sibuk dengan tugasannya, beliau akan sentiasa mengambil berat perihal ibu dan adik-beradiknya.
"Tidak tahulah. Hanya Tuhan yang tahu hati makcik. Makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat.
"Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), hendak mintak tolong pada siapa lagi," katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.
Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.
Hakim Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua-duanya terlibat dengan pembunuhan Altantuya yang dipercayai diletupkan dengan bom C4, ketika dijumpai di pinggir luar bandar Shah Alam.
Media Australia melaporkan Sirul tinggal di Brisbane bersama saudara dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun sebelum dicekup pihak imigresen negara itu.
Sirul tiba di Australia pada Oktober tahun lalu dengan pasport dan visa pelancong serta tinggal di Ipswich, Queensland.
Sirul, 43, tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan minggu apabila hakim mendapati dia bersama Azilah bersalah kerana membunuh Altantuya pada 2006.
Pihak berkuasa Australia menahan Sirul selepas Interpol mengeluarkan notis merah berikutan kesalahan yang dilakukannya.
Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan Sirul kini dipindahkan ke bahagian keselamatan tertinggi di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.